Search This Blog

Sunday, October 10, 2010

BAB 9 : IMPERIALISME BARAT DI ASIA

DEFINISI IMPERIALISME :

1. Imperialisme ialah kegiatan sesebuah negara untuk meluaskan
wilayahnya dengan menguasai dan menjajah negara-negara
lain.
2. Ia juga boleh diertikan sebagai penguasaan sesebuah Negara yang
lebih kuat terhadap Negara lain yang lemah bertujuan untuk
mendapatkan keuntungan dari segi politik dan juga ekonomi
3. Zaman penjelajahan yang berlaku pada kurun ke-6 dan ke-17, telah
menyebabkan kuasa-kuasa barat seperti Sepanyol, Portugis,
Belanda dan Inggeris telah menguasai beberapa kawasan tertentu
bagi tujuan membolot barangan dagangan dan untuk kepentingan
ekonomi.
4. Selepas berlakunya revolusi perindustrian, dasar kuasa-kuasa Barat
telah berubah, daripada membolot barang-barang dagangan yang
mahal kepada menguasai banyak kawasan yang boleh
membekalkan bahan-bahan mentah bagi keperluan kilang
perusahaan mereka.
5. Mereka mempunyai matlamat untuk mengubah ekonomi Negara
yang dijajah sepaya secocok dengan peraturan perindustrian
mereka.
6. Struktur ekonomi di Negara yang dijajah telah diubah bagi
menghasilkan bahan mentah secara komersial.
7. Mereka juga dapat memasarkan barangan hasil keluaran mereka di
negara yang mereka kuasai.
8. Imperialisme Barat wujud berdasarkan politik dan juga ekonomi.


FAKTOR-FAKTOR IMPERIALISME

1. Revolusi perindustrian telah mengubah sama sekali cara pengeluaran barang-barang yang digunakan.
2. Perubahan ini telah membolehkan barang-barang tersebut dikeluarkan secara besar-besaran dan memberi kesan yang mendalam.
3. Kewujudan banyak kilang-kilang perusahaan telah menyebabkan berlakunya permintaan yang lebih besar terhadap bahan mentah untuk diproses.
4. Oleh itu, dengan adanya pertambahan yang pesat dalam pengeluaran barang-barang kilang, pasaran yang lebih luas perlu dicari untuk memasarkan barang-barang tersebut
5. Britain merupakan Negara perindustrian dan kuasa maritim yang terkuat pada waktu itu, telah mendahului Negara-negara lain dalam menjalankan dasar imperialisme.
6. Setelah revolusi perindustrian merebak ke Eropah, Negara-negara seperti Jerman, Belanda, Perancis dan Itali juga telah menjadi kuasa imperialis yang kuat.
7. Kewujudan alat-alat ciptaan dan teknologi baru telah menggalakkan lagi kemunculan imperialisme Barat dan seterusnya mewujudkan permintaan yang tinggi terhadap bahan-bahan mentah.
8. Penciptaan sistem jalan keretapi dan ciptaan kapal berkuasa wap telah mempercepatkan perjalanan menuji ke Asia Tenggara.
9. Kewujudan alat-alat teknologi ini menyebabkan kuasa Eropah yang teknologi mereka melebihi Negara di Asia dan Afrika berlumba dan bersaing sesama mereka untuk mendapatkan tanah jajahan di Asia dan Afrika.
10. Keadaan ini telah mempercepatkan imperialisme barat ke negara-negara Asia Tenggara pada kurun ke-19 dan awal ke-20.
11. Menjelang tahun 1830 saingan daripada Negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat semakin betambah sengit.
12. Negara-negara tersebut telah mengenakan peraturan tarif iaitu cukai yang dikenakan oleh kerajaan terhadap barangan yang diimport bagi melindungi industri masing-masing.
13. Ini telah menimbulkan keadaan yang tidak menyenangkan bagi Negara Britain kerana barangan mereka tidak lagi dapat dieksport ke Amerika dan Eropah secara lebih mudah menyebabkan Britain terpaksa mencari pasaran di Asia dan juga Afrika.
14. Masyarakat Barat juga amat berhasrat untuk menyebarkan pengaruh tamadun dan agama mereka ke seberang laut.
15. Dikalangan masyarakat Eropah juga telah wujud semangat ingin bersaing atau berlumba untuk megatasi antara satu sama lain dalam kegiatan menakluk kawasan atau daerah diluar Eropah.
16. Mereka telah menganggap pemilikan tanah jajahan sebagai suatu status atau simbol sebuah kuasa yang kuat.
17. Mereka juga menggangap tugas untuk menyebarkan tamadun mereka di luar Eropah adalah tanggungjawab mereka.
Gambar Revolusi Perindustrian di Eropah


 Gambar Terusan Suez yang memendekkan masa perjalanan ke Asia



Gambar Laluan Perdagangan Abad ke 15


KESAN IMPERIALISME BARAT

1. POLITIK

1. Kemasukkan penjajah Barat ke Asia Tenggara telah menyebabkan hilangnya kepentingan sistem pentadbiran tradisional.
2. Banyak kawasan di Asia Tenggara telah diperintah oleh imperialisme Barat secara langsung, yang telah mengantikan sistem pemerintahan tempatan dengan sistem birokrasi barat yang dikuasai oleh Imperialis.
3. Para pemerintah tempatan telah terpaksa menerima para penasihat dan juga pentedbir dari Barat.
4. Barat juga telah memperkenalkan undang-undang mereka; dan menjadikan bahasa penjajah sebagai bahasa rasmi di kawasan tersebut.
5. Persaingan kuasa-kuasa Barat telah berlaku di Asia, Kuasa-kuasa seperti Inggeris telah campurtangan di Tanah Melayu, Burma, India dan China.
6. Kepulauan Melayu telah dipecahkan akibat daripada kedatangan kuasa Barat iaitu Inggeris di Tanah Melayu dan Belanda di Indonesia.
7. Kuasa Perancis menjadi saingan kepada Britain telah menjajah di IndoChina ( Laos, Vietnam dan Kemboja ).
8. Manakala Amerika pula telah menjajah Filipina.

2. EKONOMI

1. Imperialisme Barat telah menyebabkan kemajuan ekonomi di Asia Tenggara tidak berkembang dengan seimbang.
2. Kegiatan ekonomi peribumi telah distrukturkan untuk memberi faedah dan manfaat kepada ekonomi Negara metropolis.
3. Di Tanah Melayu, kegiatan penanaman getah dan perlombongan bijih timah telah dikomersialkan bagi memastikan bahan tersebut dapat dibekalkan untuk memenuhi keperluan industri di Britain.
4. Kuasa Barat juga telah mengimport buruh dari Negara lain untuk menjadi tenaga kerja bagi kegiatan ekonomi komersial mereka.

3. SOSIAL

1. Sistem pendidikan Inggeris telah diperkenalkan di kawasan Bandar.
2. Tujuannya adalah untuk memberikan pendidikan asas dan melatih golongan pentadbir rendah bagi keperluan British sahaja.
3. Keadaan ini telah menyebabkan system pendidikan British ini terpaksa dibaiki oleh kerajaan Peribumi.
4. Dasar mengimport buruh dari luar juga telah menyebabkan berlaku perubahan kepada demokgrafi dan komposisi etnik di Negara yang dijajah oleh mereka.
5. Tiada usaha-usaha dibuat untuk mewujudkan keharmonian hubungan antara kaum semasa penjajahan mereka.
6. Tugas tersebut terpaksa dipikul oleh pemerintah peribumi selepas merdeka.



14 comments:

  1. terima kasih banyak2... nota ni sangat membantu saye..

    ReplyDelete
  2. Thx...semoga dgn nota nie saya berjaya kertas 3 sejarah

    ReplyDelete
  3. ianya membantu dripada dimarahi oleh cg rohana

    ReplyDelete
  4. Nota ini tolong saya utk buat kerja rumah😀

    ReplyDelete
  5. I'm very glad in this internet have a relevent information i need

    ReplyDelete
  6. Betfred vs Betfair: Betfair vs Betfair - DrMCD
    A 인천광역 출장마사지 brief comparison of the best bets available at Betfair on 문경 출장샵 Football, Horse Racing, 하남 출장마사지 Golf, Tennis, Accumulators and In 논산 출장샵 Play Tennis. 제천 출장마사지

    ReplyDelete